KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami Hanif Al Mahdi Mohamad Syafaruddin, bayi comel yang disahkan sindrom down sejak lahir.
Hanif Al Mahdi yang berusia sembilan bulan, turut disahkan mempunyai masalah jantung berlubang, selain kerap demam dan batuk berkahak.
Bapanya, Mohamad Syafaruddin Mamat, 32, berkata, dalam tempoh sejak anak bongsunya itu lahir, mereka kerap berulang-alik ke klinik kesihatan dan hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Katanya, itu belum termasuk kekerapan ke klinik untuk tujuan mendapatkan rawatan menggunakan ubat pelega melalui kaedah nebulizer memandangkan anaknya sering semput.
"Boleh dikatakan, setiap bulan tu, dalam tiga atau empat kali mesti ke klinik untuk 'neb' sebab dia selalu semput. Bila dia batuk, kahak jadi banyak sebab jantung tak boleh berfungsi macam orang lain.
"Nak tak nak, memang kena pergi klinik. Doktor juga cadangkan supaya beli susu khas untuk kurangkan kahak, dan beli alat nebulizer untuk rawatan di rumah," katanya kepada ASTRO AWANI.
Mohamad Syafaruddin memberitahu, dalam tempoh sebulan ini, anaknya telah menunjukkan perubahan setelah minum susu khas itu namun menghadapi kekangan apabila harga setin susu adalah di luar dari kemampuannya.
Ujarnya, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya empat tin susu dalam tempoh sebulan pada harga RM60 setin.
"Satu tin (400 gram) dah RM60. Jadi untuk susu sahaja hampir RM300. Belum lagi termasuk perbelanjaan lain-lain seperti lampin pakai buang atau rawatan perubatan.
"Sekarang pun, saya tak boleh nak fokus kerja tetap sebab buat masa ini, anak saya sememangnya memerlukan perhatian khusus daripada kami. Saya buat macam-macam kerja sambilan, asalkan boleh dapat duit setiap bulan," katanya.
Difahamkan, Mohamad Syafaruddin yang berpendapatan antara RM1,300-RM1,500 sebulan perlu menyara isteri, Siti Nur Hidayah Mohamad Shabri, 31 dan tiga anaknya yang masih bersekolah, masing-masing berusia 11, 8 dan 5 tahun yang menetap di rumah sewa di Taman Sungai Isap Damai, di sini.
Siti Nur Hidayah berkata, semakin anak bongsunya membesar, semakin dia kerap diserang asma kerana masalah jantung berlubang yang tidak boleh menutup sendiri.
"Doktor beritahu, anak saya menghidap jantung berlubang (PDA). Selalunya, lubang tu akan tertutup sendiri, tapi tidak pada anak saya. Jadi, mungkin pembedahan akan dilakukan, cuma saya tidak pasti bila.
"Apa yang penting sekarang, saya kena pastikan Hanif (Hanif Al Mahdi) sentiasa dalam keadaan sihat. Bagi memastikan itu, saya perlukan susu khas untuk dia sebab setakat ni, susu itu yang sesuai dengan dia," ujarnya.
Katanya, memandangkan pendapatan suami yang tidak menentu, selain dia tidak bekerja, dia kini dalam proses memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Pahang bagi membantu memenuhi keperluan Hanif Al Mahdi.
Mereka yang ingin mengurangkan beban keluarga ini, boleh menyumbang ke akaun 158293781578 (Maybank) atas nama Mohamad Syafaruddin Mamat.
Azee Shafy
Sun Jul 24 2022
Mohamad Syafaruddin memberitahu, dalam tempoh sebulan ini, anaknya telah menunjukkan perubahan setelah minum susu khas itu. - Foto Astro AWANI
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Bayi jantung berlubang, semput perlukan empat tin susu khas sebulan
Hanif Al Mahdi yang berusia sembilan bulan disahkan mempunyai masalah jantung berlubang, selain kerap demam dan batuk berkahak.